Sebelum namanya dikenali, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi, Iman Troye pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahannya.

Bukan sekadar dihambur dengan kata-kata negatif, malah kata Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 24, dia juga tidak memiliki ramai kawan di sekolah.

"Saya ada baca banyak kes buli di sekolah sekarang dan tipu kalau kita tak pernah kena buli di sekolah.

"Saya pun pernah kena buli di sekolah menengah dulu dan saya juga sedar macam mana rasa dibuli. Saya pun tak tahu kenapa dibuli, tapi biasalah bila ada orang yang suka dan tak suka pada kita di sekolah.