KUALA LUMPUR: Indonesia menyifatkan keputusan tidak mempertandingkan beberapa sukan kegemaran negara itu pada Sukan SEA 2027 sebagai sesuatu yang menyedihkan dan menjejaskan prinsip keadilan serta semangat kesukanan di rantau ini.

Menurut laporan media negara itu, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Erick Thohir berkata, sukan seharusnya menjadi wadah untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara negara jiran, bukannya menyekat peluang atlet untuk bersaing di pentas serantau.

Katanya, kejayaan atlet Asia Tenggara meraih pingat emas di Sukan Olimpik membuktikan rantau ini memiliki barisan atlet bertaraf dunia dalam pelbagai sukan.

"Menyedihkan sukan mendidik kita supaya mengamalkan semangat kesukanan. Sebagai negara jiran, kita sudah tentu perlu menyokong perkembangan sukan di peringkat serantau.