KUALA NERUS: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjata parang di sebuah kedai emas di Batu Enam, Gong Badak, di sini, semalam.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohammad Amin Ridhuan Ismail, 36, yang turut menggunakan nama panggilan Dik Min atau Mat Amin manakala suspek kedua, Muhammad Hafizul Affendi Abdul Fattah, 27, yang dikenali sebagai Mat Long.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Suffian Sulaiman berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai lelaki berbangsa Melayu.
Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian samun itu berlaku dalam tempoh kira-kira 13 saat.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsolehin12_627513.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)