KYOTO, Jepun, 14 November 2026 /PRNewswire/ — Pejabat Kabinet, Kerajaan Jepun, telah menganjurkan Penguasaan Sentuhan, Misteri Masa, sebuah pameran kesenian Jepun atas undangan sahaja daripada KOLEKSI SUI JEPUN, di Rumah Tetamu Negeri Kyoto pada 7-8 November 2026. Lebih daripada 160 tetamu, termasuk pengumpul antarabangsa, pemimpin perniagaan, kurator dan peminat budaya, telah menghadiri acara tersebut sepanjang tempoh dua hari itu.
Dipersembahkan di bawah tema menyeluruh Waza Jepun: Besemadi dalam Sentuhan Tangan dan Masa, pameran berkenaan menampilkan kira-kira 40 hasil karya dari seluruh Jepun, termasuk perkakasan kraf tangan lakuer, ukiran kayu, kerja logam, seramik, tekstil dan pedang Jepun. Perkataan Sui mencerminkan kepekaan estetik dan naratif budaya yang terjalin dalam tradisi Jepun. Sepuluh perspektif tematik meneroka kemahiran di sebalik objek, daripada mengukir dan mengetuk kepada mewarnakan, menenun dan menggilap, sekali gus menggambarkan sejauh mana ketukangan tradisional terus berkembang dalam kehidupan kontemporari.









