KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat, manakala di Perak berkurang setakat 8 pagi ini.
Di SELANGOR, jumlah mangsa di tujuh PPS di Kuala Selangor bertambah kepada 1,498 mangsa daripada 402 keluarga pagi ini, berbanding 1,373 mangsa daripada 369 keluarga pada petang semalam.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang menempatkan 428 mangsa diikuti SK Dato' Maharaja Lela (393), Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (311), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (123) dan Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (122).
SRA Batu 8 Ijok pula menjadi tempat berlindung bagi 71 mangsa, manakala Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam menempatkan 50 mangsa.










