PETARUNG seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Usman Nurmagomedov, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Abu Dhabi selepas terbabit dalam insiden pergaduhan dengan bintang UFC dari Georgia, Merab Dvalishvili.Usman yang juga sepupu legenda UFC, Khabib Nurmagomedov, merupakan antara lapan individu yang dikenakan hukuman penjara berkenaan susulan kekecohan di sebuah hotel di Abu Dhabi, Rabu lalu.Mahkamah turut mengenakan denda sebanyak 300,000 dirham ( AS$81,600) terhadap enam individu terbabit serta memerintahkan mereka diusir dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menjalani hukuman penjara.Insiden itu tercetus apabila Usman menghampiri Merab yang sedang ditemu bual di lobi hotel sebelum menampar petarung Georgia berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan membabitkan beberapa individu daripada kedua-dua kem.Ketegangan antara kedua-dua pihak dipercayai berpunca daripada insiden terdahulu ketika acara Real American Freestyle (RAF) di Tbilisi, Georgia, Julai lalu.Ketika itu, Merab didakwa menampar penggusti Dagestan, Akhmed Gadzhimagomedov yang juga kenalan rapat kem Nurmagomedov, selepas berlaku pertelingkahan berkaitan kenyataannya mengenai Umar Nurmagomedov.Juara kelas welterweight UFC, Islam Makhachev yang rapat dengan keluarga Nurmagomedov, mendakwa Merab turut menghina ibu penggusti berkenaan dalam insiden tersebut.Islam menerusi hantaran di media sosial menyifatkan tindakan Merab di Georgia sebagai punca tercetusnya permusuhan yang akhirnya membawa kepada pergaduhan di Abu Dhabi.Bagaimanapun, Merab sebelum ini memberikan versi berbeza dengan mendakwa Gadzhimagomedov terlebih dahulu memegang lehernya dan menariknya sebelum berlaku pertelingkahan.Sementara itu, dua lagi individu yang merakam dan menyebarkan video pergaduhan di hotel berkenaan turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas kesalahan melanggar privasi menggunakan teknologi maklumat.Merab dan rakannya, Saba Lazishvili, masing-masing dikenakan denda 50,000 dirham atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam dan menyerang individu lain, namun dibebaskan daripada tahanan.Usman, 28, merupakan bekas juara lightweight Professional Fighters League (PFL) dan memiliki rekod profesional tanpa kalah dalam MMA.Dia berada di Emiriah Arab Bersatu bagi menyaksikan aksi abangnya di RAF, Umar Nurmagomedov yang pada asalnya dijadualkan menentang Urijah Faber.
Sepupu Khabib dipenjara enam bulan

Key takeaways
Usman Nurmagomedov, sepupu Khabib, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Abu Dhabi kerana terlibat dalam pergaduhan dengan Merab Dvalishvili di sebuah hotel.
- Delapan individu dipenjara, manakala enam orang didenda 300,000 dirham dan diusir dari UAE.
- Pergaduhan tercetus selepas Usman menampar Merab di lobi hotel Abu Dhabi.
- Ketegangan berpunca daripada insiden terdahulu di Tbilisi, Georgia, Julai lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Usah panik, stok beras negara enam bulan, ikan lapan bulan
- Malaysiakini (BM) Lelaki buat hantaran jelik terhadap PM dipenjara 3 bulan
- Sinar Harian Sepupu Khabib dipenjara enam bulan (this story)







