KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools memberi isyarat bahawa dia tidak menyesal memilih Malaysia sebagai negara yang diwakilinya di pentas bola sepak antarabangsa.
Pemain berusia 30 tahun itu berkata, Malaysia mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya kerana negara ini adalah tanah kelahirannya, sekali gus menjadikan keputusan menyarung jersi Harimau Malaya sebagai pilihan paling tepat.
Menjawab persoalan media berkenaan dakwaan bahawa dia mempunyai keturunan dari China dan boleh memilih untuk mewakili negara itu sebelum ini, Cools menganggap perkara berkenaan lebih sesuai dirujuk kepada keluarganya.
"Perkara itu (keturunan dari China) perlu ditanyakan kepada keluarga saya. Saya tidak fikir sesuai untuk memberikan jawapan lebih lanjut mengenai perkara itu.










