Pasir Puteh: Siput kemudi atau kerang kapak yang muncul di Pantai Sabak, Kota Bharu, disahkan selamat dimakan dengan syarat ia dicuci bersih dan dimasak sempurna.
Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Ismail Ibrahim berkata, pihaknya merujuk perkara itu dengan Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung yang memaklumkan spesies kerang ini selamat dan tidak berlaku pencemaran.
"Kalau nak makan siput ini makanlah dengan cara yang betul, bersih dan masak dengan cara betul supaya tidak berlaku keracunan dan sebagainya.
"Paling penting, orang ramai jaga keselamatan ketika kutip siput kerana ombak kuat ketika ini susulan monsun timur laut," katanya ketika ditemui dalam Program Pengenalpastian Lubuk Ikan Bagi Tujuan Pengurusan Sumber Perikanan Darat Mampan Di Daerah Pasir Puteh Siri 2/2026 "Jom Igat Ikan Dalam Baruh" di Kampung Tasek Pauh, di sini, hari ini.









