IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali peringkat negeri di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 2.30 petang disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan.
Majlis anjuran kerajaan negeri itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 15,000 pengunjung pelbagai kaum.






