Kuala Selangor: Seekor tapir dipercayai mati lemas, ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Blok C, Ijok, di sini, yang masih dilanda banjir termenung.

Kejadian dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Jefri Mejan menerusi Facebooknya, hari ini.

Jefri berkata, rakannya dikenali sebagai Andong mengirimkan gambar haiwan liar itu ketika sedang memunggah hasil sawit di kebunnya.

"Beliau bukan sahaja sedih melihat kematian tapir itu, malah bertambah sedih apabila buah sawit yang diusahakannya menjadi sasaran pencuri.