BN dan PN secara tidak rasmi memenangi 19 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka ke-16, mencapai majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri
MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi telah memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 19 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat ini, untuk mentadbir kerajaan negeri.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Operasi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 8.30 malam ini.
Keputusan tidak rasmi menyaksikan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)