Melaka: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Barisan Nasional (BN) menang secara tidak rasmi di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Bidara, Lendu, Sungai Udang dan Asahan.
Asyraf Wajdi berkata, di Tanjung Bidara, BN melalui calonnya,Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mendahului dengan majoriti 5,440; Lendu majoriti 4,627 dan Sungai Udang majoriti 11,059 sementara di Asahan majoriti 7,558.
Sementara itu, beliau mendakwa, BN secara tidak rasmi sudah melepasi garis minimum bagi memenangi 10 DUN daripada 28 kerusi secara keseluruhannya di Melaka.
Beliau berkata, semua 10 DUN itu ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Tabuh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai dan Merlimau.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)