Melaka: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Barisan Nasional (BN) menang secara tidak rasmi di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Bidara, Lendu dan Sungai Udang

Asyraf Wajdi berkata, di Tanjung Bidara, BN melalui calonnya,Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mendahului dengan majoriti 5,440; Lendu majoriti 4,627 dan Sungai Udang majoriti 11,059.