Zahid Hamidi berkata watikah pencalonan Ab Rauf Yusoh sebagai ketua menteri Melaka akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri malam ini.MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sepakat mencalonkan Ab Rauf Yusoh untuk kekal sebagai ketua menteri Melaka selepas kedua-dua gabungan itu secara tidak rasmi meraih kemenangan besar pada PRN.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata watikah pencalonan Rauf akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka malam ini.

“Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa BN dan PN mencalonkan Ab Rauf Yusoh sebagai calon ketua menteri Melaka,” katanya pada sidang media.

Pengumuman itu menyusul keputusan tidak rasmi yang menunjukkan gabungan BN-PN menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka, sekali gus memperoleh majoriti lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.