Melaka: Barisan Nasional (BN) tidak mahu menjadikan kemenangan hatrik sebanyak tiga kali berturut-turut gabungan itu bersama Perikatan Nasional (PN) di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sebagai alasan untuk mereka bermegah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tidak rasmi di Melaka yang menyaksikan BN dan PN memenangi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan momentum gelombang biru yang bermula di Johor, Negeri Sembilan dan kini diperkukuhkan di Melaka.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pihaknya berharap gelombang terbabit mampu berkembang ke seluruh negara supaya rakyat boleh memilih kerajaan yang benar-benar mampu menjamin kestabilan dan harapan, bukan sahaja di Melaka namun di negara ini.









