SHAH ALAM - Gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terus mencipta kejutan apabila kedua-dua gabungan itu berjaya menguasai 24 daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 21 daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala PN memperoleh tiga daripada lima kerusi sekali gus meraih majoriti dua pertiga.Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi empat daripada 24 kerusi ditandingi, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan calon Bebas gagal memperoleh sebarang kerusi.Kejayaan itu sekali gus melengkapkan hatrik kemenangan kerjasama BN-PN selepas menguasai Johor pada Julai lalu diikuti Negeri Sembilan pada Ogos.BN berjaya mengekalkan kemenangan di 20 kerusi iaitu di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal dan Asahan.BN juga menang di Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.Parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut berjaya menawan satu kerusi baharu iaitu Sungai Udang.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Bidara selepas memperoleh 10,079 undi, menewaskan calon PH, Mohd Yunazri Mustamiri dengan majoriti 8,615 undi.Ab Rauf yang juga Ketua Menteri sebelum pembubaran DUN pada 23 September lalu memenangi kerusi itu pada PRN 2021 dengan majoriti tipis 364 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon PH, Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada PN.Seorang lagi calon popular BN, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar turut mempertahankan kerusi DUN Rim selepas menewaskan calon PH, Esma Eazreen Husin dengan majoriti 7,090 undi.Bekas pelakon tersebut memperoleh 9,847 undi undi berbanding 2,757 undi diraih pencabarnya sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021.Perikatan Nasional (PN) pula meraih kemenangan di DUN Paya Rumput apabila calon dari Pas, Rafie Ahmad menang dengan majoriti 7,185 undi.Beliau yang mendapat 19,723 undi menewaskan calon dari PH merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang memperoleh 12,538 undi dan calon Bersama, Abdul Rashid Abu Bakar yang meraih 1,288 undi.PN turut mencatat kemenangan menerusi calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), Dr Mohd Yadzil Yaakub yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Bemban pada penampilan pertama parti itu dalam PRN Melaka.Mohd Yadzil memperoleh 11,881 undi dengan majoriti 7,741 undi sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenanginya atas tiket Bersatu pada PRN 2021.Beliau mengalahkan calon Bersama, Dr Solehin Saleh yang mendapat 4,140 undi serta calon Bersatu, Muhammad Rabaie yang memperoleh 2,109 dan calon Bebas.Adly Zahari tumbang di Bukit KatilSementara itu, Pengerusi PH
BN-PN cipta hatrik, gelombang biru terus 'gegar' Melaka

Key points
- SHAH ALAM - Gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terus mencipta kejutan apabila kedua-dua gabungan itu berjaya menguasai 24 daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.
- Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 21 daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala PN memperoleh tiga daripada lima kerusi sekali gus meraih majoriti dua pertiga.
- Kejayaan itu sekali gus melengkapkan hatrik kemenangan kerjasama BN-PN selepas menguasai Johor pada Julai lalu diikuti Negeri Sembilan pada Ogos.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today BN-PN sapu 24 kerusi, ‘gelombang biru’ landa Melaka
- Sinar Harian BN-PN cipta hatrik, gelombang biru terus 'gegar' Melaka (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)