AYER KEROH: Kerjasama politik di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang membuahkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, perlu dimanfaat kepada seluruh rakyat, bukan sekadar penyatuan parti politik Melayu.
Presiden, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kemenangan BN-PN di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memperlihat aspirasi perpaduan Melayu yang sekian lama diperjuang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, semakin menjadi kenyataan.
Katanya, perkembangan itu dapat dilihat menerusi kerjasama politik yang bermula di Johor, disusuli Negeri Sembilan dan kini Melaka.
"Jadi, perpaduan setakat perpaduan saja belum lagi mencukupi. Kita kena terjemahkan perpaduan itu kepada sesuatu yang betul-betul boleh memberi manfaat kepada rakyat. Saya ingat itu yang didambakan oleh rakyat setakat ini," katanya.










