Stockholm: Pemain tenis Amerika Syarikat, Taylor Fritz menutup musim 2026 dengan kejayaan manis apabila menjuarai kejohanan ATP 250 Terbuka Stockholm selepas menewaskan wakil Argentina, Thiago Agustin Tirante, 6-2, 4-6, 7-6 (7-3), hari ini.
Pemain ranking ke-10 dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan dalam pertarungan tiga set yang menyaksikan Tirante bangkit memberikan tentangan sengit pada penampilan sulungnya di final Jelajah ATP.
Fritz bermula garang apabila menguasai set pertama 6-2, namun pemain Argentina berusia 25 tahun itu bangkit menyamakan kedudukan selepas memenangi set kedua 6-4.
Bagaimanapun, pengalaman Fritz yang pernah muncul naib juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) menjadi pemisah apabila dia mempamerkan ketenangan dalam tie-break set penentuan untuk menang 7-3.










