Kota Kinabalu: Polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Kusdino Paad, 38, yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kes pembunuhan berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Soberi Bakri, 31, maut selepas ditikam ketika cuba menyelamatkan individu lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan lelaki berkenaan.