asmaini@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta terus bertindak tegas, bebas dan profesional berasaskan bukti, tanpa mengira kedudukan, pangkat, kekayaan mahupun hubungan politik atau pengaruh seseorang.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ini kerana tiada sesiapa boleh berada di atas undang-undang.

Beliau berkata, memasuki usia 59 tahun, harapan rakyat terhadap institusi antirasuah negara itu semakin tinggi.

"Untuk itu, penguatkuasaan perlu dilaksanakan tanpa rasa takut atau pilih kasih bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap SPRM terus diperkukuh.