Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro-Canselor UniMAP bagi tempoh lima tahun bermula 13 Dis ini. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh lima tahun.
Pelantikan semula itu berkuat kuasa mulai 13 Dis ini hingga 12 Dis 2031, bagi meneruskan peranan baginda dalam menyokong kepimpinan dan kecemerlangan universiti berkenaan.
Menurut kenyataan UniMAP, pelantikan itu juga mencerminkan komitmen berterusan baginda dalam memperkukuh pembangunan akademik, penyelidikan dan reputasi universiti.
Pelantikan semula itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP, sempena sidang pertama Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-21 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, semalam.








