Pengerusi GPS Abang Johari Openg turut beri bayangan berlaku perubahan pada senarai 82 calon bagi beri peluang kepada pemimpin muda.
Key takeaways
Presiden PBB, Abang Johari, mengumumkan GPS akan mendedahkan senarai 82 calon bagi PRN Sarawak pada 25 November ini. Beliau turut membayangkan kemungkinan pertukaran calon bagi memberi peluang kepada pemimpin muda dan berpengalaman.
- GPS akan mengumumkan semua 82 calon bagi PRN Sarawak pada 25 November ini.
- Abang Johari membayangkan kemungkinan pertukaran calon untuk merangkumi pemimpin muda dan berpengalaman.
- GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, SUPP, PRS dan PDP.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Pengerusi GPS Abang Johari Openg berkata menyeru anggota PBB yang tidak dicalonkan dalam PRN kali ini untuk terus memberi sokongan kepada mana-mana calon dipilih.KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai penuh semua 82 calon yang bakal bertanding pada PRN Sarawak ke-13 pada 25 Nov ini, kata Pengerusinya Abang Johari Openg.
Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut membayangkan kemungkinan berlaku perubahan dalam senarai calon parti itu bagi memberi peluang kepada gabungan pemimpin muda dan berpengalaman.
“Sudah tentu ada kemungkinan pertukaran... kita (GPS) mempunyai yang muda dan yang berpengalaman sebagai calon-calon yang akan diketengahkan.