Loke Siew Fook gesa penyokong PH terus mendukung perjuangan gabungan itu walaupun hanya memenangi empat daripada 24 kerusi ditandingi pada PRN Melaka semalam.PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak berputus asa susulan kekalahan pada PRN Melaka, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi PRU16.

PH hanya memenangi empat daripada 24 kerusi ditandingi semalam, berbanding lima kerusi pada PRN 2021, kesemuanya dimenangi DAP manakala Amanah kehilangan satu-satunya kerusi yang disandang dan PKR gagal memenangi sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pula menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga. BN memenangi 21 kerusi, manakala PN tiga kerusi.