Seremban: Beraksi dalam tiga perlawanan sebagai pemain gantian daripada enam aksi Liga Super selain dua perlawanan di pentas Piala FA, ternyata belum mencukupi buat penyerang muda Negeri Sembilan FC (NSFC), Abdul Rahman Daud.

Justeru, pemain berusia 22 tahun ini bertekad untuk terus bekerja keras meningkatkan tahap prestasinya dalam usaha memastikan peluang berada dalam barisan kesebelasan terbaik pasukan itu tidak terjejas sekali gus mendapat tempat dalam perancangan ketua jurulatih, Daniel Gimenez.

"Buat ketika ini sememangnya persaingan dalam pasukan sangat baik dan agak sengit. Setiap pemain cuba untuk memikat jurulatih dengan bekerja keras serta menunjukkan kualiti masing-masing.

"Untuk berada dalam kesebelasan utama agar sukar tetapi ia semua terpulang pada disiplin dan kerja keras, namun persaingan ini secara tidak langsung menaikkan kualiti pasukan dan memberi impak yang positif kepada pasukan.