Umno berjaya tangkis cubaan kaitkan parti itu secara langsung dengan kegagalan institusi, kata penganalisis politik Syaza Shukri.PETALING JAYA: Umno seperti tidak berdepan banyak tekanan melakukan perubahan andai keupayaan meraih sokongan pengundi kekal jadi keutamaan kepada bakal rakan gabungan, berbanding rekodnya dalam kerajaan, kata penganalisis.
Syaza Shukri.Penganalisis politik Syaza Shukri, berkata sokongan akar umbi lebih kukuh menjadikan parti itu ada kelebihan berunding bagi mendapatkan kedudukan dalam kerajaan, justeru membolehkan parti berkenaan mengetepikan tuntutan kebertanggungjawaban mengenai kegagalan lalu semasa mentadbir.
“Akhirnya, ia akan menjadi kuasa tawar-menawar di Parlimen,” katanya ditanya sama ada prestasi Umno sebelum ini dalam kerajaan akan mempengaruhi pelantikan Kabinet pada masa depan.








