Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pagi tadi bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami. (Gambar Reuters)JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada awal pagi Selasa, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan di timur negara itu termasuk Maluku dan Papua.
Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dr Wijayanto, berkata gempa bumi yang berlaku pada 4.11 pagi waktu tempatan itu tidak membawa ancaman tsunami berdasarkan keputusan pemodelan.
Beliau berkata pusat gempa terletak di laut, kira-kira 132 kilometer barat daya Maluku Tenggara pada kedalaman 97 kilometer.
"Setakat 4.25 pagi waktu Indonesia Barat, hasil pemantauan BMKG tidak menunjukkan sebarang aktiviti gempa susulan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-08_328863.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)