Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Merdeka
Key takeaways
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isteri menerima sambutan negara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semasa lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. Istiadat ini disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri, serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri.
- Macron tiba pada 9.30 pagi dan disambut oleh Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.
- Kawalan kehormat terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama RAMD diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.
- Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Mei 2017.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam diberi sambutan negara di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Ketibaan Macron bersama isterinya, Brigitte Macron pada 9.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Istiadat sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Perancis dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai Kapten Muhamad Fauzee Japar.