KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memilih Achi Jaya Plantations Sdn Bhd untuk mengambil alih Boustead Plantations Bhd (BPlant) pada anggaran harga hampir RM4 bilion.
Sumber yang mengetahui urus niaga, berkata Achi Jaya mengatasi persaingan SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd, dua syarikat yang memiliki operasi perladangan berskala lebih besar.
Pemilihan itu menarik perhatian khususnya kerana SD Guthrie ialah antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia.
Menurut sumber berkenaan, keputusan pemilihan sudah dibuat, namun butiran mengenai struktur pengambilalihan, kepentingan ekuiti yang terbabit dan syarat pembayaran masih belum diperincikan kepada umum.









