Kerajaan dilaporkan bertanya kepada Malaysia Airlines dan Batik Air sama ada mereka mampu mengambil alih bahagian pasaran domestik AirAsia yang kini berdepan masalah kewangan semakin meruncing.KUALA LUMPUR: Tiada perbincangan rasmi dengan kerajaan berhubung kemungkinan mengambil alih bahagian pasaran penerbangan domestik AirAsia atau laluan penerbangan serta pesawat syarikat itu, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Nasaruddin A Bakar.

Pada pertengahan September lalu, Reuters melaporkan kerajaan menghubungi Malaysia Airlines dan Batik Air untuk bertanya sama ada dua syarikat itu mampu mengambil alih bahagian pasaran domestik AirAsia yang berdepan masalah kewangan semakin meruncing dan diburukkan lagi kenaikan kos bahan api akibat perang di Iran.