Kuala Lumpur: Sebanyak 1,643 daripada keseluruhan 34,544 cerun di seluruh negara diklasifikasikan sebagai berisiko sangat tinggi, termasuk cerun di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikenal pasti antara paling kritikal berikutan kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata kerja pembinaan dan pembaikan cerun di laluan berkenaan sedang dijalankan serta boleh dipantau menerusi kamera litar tertutup (CCTV) secara langsung dari Bilik Bencana Cawangan Kejuruteraan Cerun di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Saya berpeluang melihat kerja-kerja pembinaan cerun itu secara langsung dari bilik ini termasuk peralatan yang digunakan.