Langkawi: Baru lebih sebulan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kini bersedia menguji ketahanan fizikal dan mental apabila kembali menyertai IRONMAN Malaysia 2026 di sini, Sabtu ini.
Syed Saddiq yang melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober lalu, antara 1,900 atlet dari 65 negara yang bakal berentap pada kejohanan sukan lasak berprestij itu.
Menurut kenyataan media penganjur IRONMAN Malaysia hari ini, penyertaan kali ini membuka peluang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk terus memperbaiki rekod peribadinya selepas menunjukkan peningkatan ketara dalam dua edisi terdahulu.
Beliau berjaya memperbaiki catatan masa daripada 13 jam 13 minit 39 saat pada 2024 kepada 12 jam 22 minit 18 saat tahun lalu, sekali gus mencatat peningkatan lebih 51 minit.








