Petaling Jaya : Tidak sekadar selesa bergelar penyanyi, Wani Kayrie kini mengorak langkah lebih jauh dalam dunia seni apabila membina empayar perniagaan sendiri yang memfokuskan kepada pembangunan bakat penari muda menerusi penubuhan Wani Kayrie Entertainment.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 26, berkata, minat mendalam terhadap dunia tarian mencetuskan idea untuk menubuhkan syarikat berkenaan sejak Februari tahun lalu sebagai platform rasmi mencungkil pelapis baharu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Menurutnya, menerusi akademi tarian di bawah kelolaan syarikat itu, anak-anak muda dilatih secara intensif sehingga mencapai tahap profesional untuk diketengahkan sebagai penari latar di pentas berprestij.








