Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerjasama dalam sektor nadir bumi perlu berasaskan kepercayaan, dengan Malaysia berusaha memperluaskan aktiviti pemprosesan secara selamat tanpa menjejaskan alam sekitar. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat menarik pelaburan dari Perancis dalam beberapa sektor, termasuk pemprosesan nadir bumi, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Tegasnya, kerjasama dalam sektor nadir bumi perlu berasaskan kepercayaan, dengan Malaysia berusaha memperluaskan aktiviti pemprosesan secara selamat tanpa menjejaskan alam sekitar.
"Pemprosesan nadir bumi antara bidang yang sangat kami berminat untuk menarik pelaburan dan memperluas aktivitinya, dan kami melaksanakannya dengan cara selamat untuk alam sekitar," katanya dalam ucapan pembukaan sebelum mesyuarat dua hala dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.








