PTPTN turut melanjutkan waktu operasi kaunter pejabat negeri dan cawangan terlibat dari 1 hingga 15 Dis bagi memudahkan urusan peminjam.PETALING JAYA: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai tunggakan berpeluang menyusun semula bayaran balik pinjaman melalui tawaran bayaran serendah 20% daripada jumlah tertunggak atau RM1,000, mengikut mana lebih tinggi.

PTPTN berkata, tawaran itu disediakan bagi tujuan penstrukturan semula atau penggabungan pinjaman serta pertukaran ujrah sempena Bulan Mesra Peminjam (BMP) PTPTN 2026 yang berlangsung dari 1 Nov hingga 15 Dis.

Katanya, program itu memberi peluang kepada peminjam khususnya yang mempunyai tunggakan, mendapatkan khidmat nasihat dan berunding bagi menetapkan kaedah bayaran balik bersesuaian kemampuan kewangan masing-masing.