PETALING JAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai tunggakan pinjaman boleh membuat penstrukturan semula dengan bayaran serendah 20 peratus daripada jumlah tunggakan atau minimum RM1,000.
PTPTN berkata, tawaran itu merupakan antara kemudahan yang disediakan menerusi program Bulan Mesra Peminjam (BMP) PTPTN 2026 yang berlangsung dari 1 November hingga 15 Disember ini.
Katanya, nisiatif tersebut bertujuan memberi peluang kepada peminjam mendapatkan khidmat nasihat serta berunding bagi menyusun komitmen bayaran balik mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
“Antara kemudahan yang ditawarkan ialah, rundingan dan khidmat nasihat kewangan di kaunter pejabat PTPTN negeri dan cawangan sempena Kempen Lestari Pendidikan melalui penstrukturan semula pinjaman.










