SEREMBAN – Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihak lain berhubung perletakan jawatan bapanya sama ada atas arahan parti.

Menerusi hantaran di status media sosial Instagram, anaknya, Naim Ismail yang menggunakan akaun @naimismaill_ memberikan isyarat seolah-olah ada pihak lain yang menjadi ‘kambing hitam’.

“Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?,” tulisnya.

Menurutnya, dari awal lagi segala arahan parti telah dipatuhi bapanya, namun mengecewakan apabila ia berakhir begini.