Puad Zarkashi berkata Ismail Lasim mengambil tindakan wajar manakala mendakwa Zahid Hamidi sering timbul gangguan dalam kerajaan perpaduan.PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno Puad Zarkashi menyifatkan keputusan Ismail Lasim mengutus surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan sebagai langkah rasional, malah menganggapnya lebih beretika berbanding Presiden Zahid Hamidi.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, Ismail mengambil tindakan wajar apabila tidak lagi sehaluan, dengan mengutamakan kestabilan dan keharmonian negeri.

"Apabila tidak sehaluan tunggu apa lagi. Dia akur kestabilan dan harmoni diutamakan," katanya di Facebook.

Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail mengutus surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.