Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, setiap kementerian dan agensi berkaitan perlu tetap sasaran intervensi, lapor keberhasilan sebenar untuk bantu isi rumah keluar daripada kemiskinan secara mampan.KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyasarkan pengurangan kadar kemiskinan mutlak di negeri itu kepada antara 3 hingga 5% menjelang 2030, selain memastikan sifar kemiskinan tegar dapat dikekalkan secara mampan menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, sasaran itu memerlukan pelaksanaan pelan tindakan lebih komprehensif, bersepadu dan berorientasikan keberhasilan, termasuk menetapkan sasaran pengurangan bilangan ketua isi rumah miskin yang jelas dan boleh diukur setiap tahun.