JELI: Seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini terpaksa menahan sakit lebih 15 minit apabila kaki kirinya tersepit pada celah penutup longkang.

Kejadian berlaku ketika pelajar berusia 22 tahun itu berjalan kaki di atas penutup longkang itu bersama beberapa rakannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, sebaik tiba mangsa masih berada di atas penutup longkang dengan kaki kirinya sehingga paras lutut tersekat pada besi itu.

"Kami difahamkan, rakan mangsa sudah cuba mengeluarkan kaki yang tersepit namun gagal kerana besi agak tebal sebelum segera menghubungi bomba.