Trump mengiktiraf peranan Anwar Ibrahim dalam memeterai perjanjian damai Kemboja-Thailand serta menegaskan komitmen AS untuk memastikan pelaksanaannya sepenuhnya
MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengiktiraf peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu memeterai perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand tahun lepas, selain menegaskan semula komitmen Washington untuk memastikan perjanjian itu dilaksanakan sepenuhnya.
Berucap pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Selasa malam, Trump berkata usaha bersama mereka berjaya mencapai gencatan senjata dan membolehkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal kembali ke kediaman masing-masing.
“Seperti yang anda semua maklum, pada mesyuarat ASEAN di Malaysia tahun lepas, Perdana Menteri Anwar dan saya telah menjadi perantara dalam memeterai perjanjian damai bersejarah antara Kemboja dan Thailand, yang dikenali sebagai Perjanjian Damai Kuala Lumpur.








