Bekas pemimpin Umno Puad Zarkashi berkata Adun Juasseh Ismail Lasim kini ada ruang untuk beri penjelasan selepas meletakkan jawatannya sebagai menteri besar Negeri Sembilan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang mendahului perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai menteri besar.
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu turut menggesa Ismail tampil mendedahkan perkara sebenar di sebalik peletakan jawatannya itu.
Katanya, beberapa persoalan berhubung proses peletakan jawatan berkenaan masih belum terjawab, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada Ismail menjadi mangsa percaturan politik pihak tertentu.









