Seremban: Istana Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja dalam satu kenyataan pagi ini menjelaskan pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat itu yang menurut Zambry sudah ditandatangani Ismail.

"Di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, sebarang peletakan jawatan oleh Menteri Besar hendaklah dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dan hanya berkuat kuasa sekiranya diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku.

"Bagaimanapun ingin ditegaskan bahawa pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat perletakan jawatan berkenaan,". katanya.