Melaka: Perjalanan hidup pemuda istimewa ini tidak mudah kerana pernah dibuli ketika di sekolah selain didiagnos Cerebral Palsy (CP) agak lewat iaitu ketika berusia 16 tahun.
Meskipun begitu, Yeow Ting Fong, 34, membuktikan kekurangan bukan halangan untuknya kerana dapat melangkah ke menara gading hingga menggenggam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi lulusan Universiti Sains Malaysia (USM).
Menceritakan kisahnya, Yeow yang kini mencari rezeki dalam bidang pemasaran bagi produk alat ganti berkata, dia dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan.
Menurut Yeow, ibu bapanya sedar keadaan kakinya yang lemah namun tidak tahu ia petanda CP malah hanya membawanya pergi berurut.









%2Ffile%2F299%2F2b96fabc59f442dccf70a196530320e9.gif&w=480&output=webp&q=85&we)
