Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia masih belum menerima garis panduan rasmi mengenai sekatan baharu AS.SHENZHEN: Malaysia sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung sekatan baharu ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI), khususnya mengenai keperluan pelesenan serta penyediaan perkhidmatan pusat data kepada pihak ketiga.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia telah berhubung dengan pihak berkuasa AS termasuk Kedutaan AS dan wakil perdagangannya bagi mendapatkan perincian rasmi mengenai peraturan tersebut serta implikasinya terhadap pengendali pusat data.

Johari berkata, Malaysia akan memaklumkan kepada pemegang kepentingan kesemua 117 projek pusat data yang telah diluluskan untuk memastikan pematuhan sebaik sahaja Washington memaklumkan secara rasmi mengenai keperluan tersebut.