KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan awan berskala besar yang menghadapi sekatan pelaksanaan di Amerika Syarikat (AS) mungkin memindahkan operasi mereka ke luar negara, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
Langkah berkenaan berpotensi memberi manfaat kepada Malaysia serta mengurangkan kesan daripada peraturan terkini AS berhubung cip kecerdasan buatan (AI).
Semalam, AS mengumumkan langkah serampang dua mata merangkumi peraturan akhir sementara terhadap eksport, eksport semula atau pemindahan dalam negara bagi cip AI termaju, peraturan itu menyasarkan cip yang dihantar ke pusat data luar negara.
Seterusnya menyediakan kapasiti pengkomputeran yang besar secara jarak jauh kepada firma yang beribu pejabat di negara yang tertakluk di bawah embargo senjata AS dikenali sebagai Kumpulan Negara D5 termasuk China atau Macau.








