SINGAPURA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global kini dipengaruhi tiga faktor utama, iaitu perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), harga tenaga yang kekal tinggi serta paras hutang awam yang mencatat rekod.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva, berkata ekonomi global turut ditarik dalam dua arah yang bertentangan, iaitu kejutan negatif daripada bekalan tenaga dan kejutan positif daripada permintaan yang didorong AI.

Beliau berkata, harga tenaga yang lebih tinggi mendorong peningkatan inflasi, kadar dasar dan keluk hasil penanda aras.

"Ini membawa kita kepada faktor utama ketiga yang mempengaruhi ekonomi global ketika ini, iaitu defisit fiskal berlebihan, paras hutang awam yang mencatat rekod serta kos khidmat hutang yang tinggi.