KUALA LUMPUR: Seramai 18,241 guru baharu sudah ditempatkan di sekolah seluruh negara dengan kadar pengisian mencapai 98 peratus bagi memastikan beban pengajaran dapat diagihkan secara lebih seimbang, setakat bulan lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata penempatan guru baharu itu adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengurangkan beban tugas serta memelihara kesejahteraan fizikal, emosi dan psikologi warga pendidik.

Dalam konteks berkenaan, beliau berkata, KPM melaksanakan pelbagai pendekatan menyeluruh meliputi sokongan psikologi dan kaunseling, kesejahteraan di tempat kerja, serta pembangunan profesional guru.

"KPM sudah melaksanakan tujuh Langkah Segera Kesejahteraan Guru sejak 2023 yang mengurangkan tugasan bukan akademik.