ZURICH: Portugal melonjak dua anak tangga ke kedudukan kelima ranking dunia FIFA yang dikemas kini selepas mencatat empat kemenangan sepanjang jendela antarabangsa baru-baru ini.

Portugal menjadi satu-satunya pasukan dalam kelompok 10 terbaik yang memperbaiki kedudukan, selepas menewaskan Norway dua kali selain mencatat kemenangan ke atas Wales dan Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara.

Brazil dan Maghribi pula masing-masing turun satu anak tangga dalam kelompok 10 terbaik selepas kedua-duanya terikat dalam aksi persahabatan sepanjang jendela antarabangsa berkenaan.

Sepanyol kekal di puncak ranking dunia dan semakin melebarkan kelebihan selepas turut mencatat empat kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara.