PETALING JAYA: Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup mulai esok.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad, berkata keputusan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan jerebu.
"Bagi institusi pendidikan di kawasan yang mencatat bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin depan.
"Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)," menurut kenyataan.






