Sebelum ini, timbul percanggahan pendapat di antara pemimpin PH berhubung cadangan kerjasama dengan parti lain pada PRN Melaka, bulan depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengenai keperluan bekerjasama dengan parti lain boleh menguji kesatuan gabungan itu menjelang PRN Melaka, bulan depan.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata pimpinan PH perlu mengurus pandangan pihak yang mungkin kurang yakin gabungan itu mampu bertanding sendiri dan mahu menjalin kerjasama bagi meningkatkan peluang kemenangan.

"Ini boleh mengganggu kesatuan PH untuk berhadapan PRN.

"Tetapi saya percaya pimpinan pusat boleh memainkan peranan menyelesaikan perbezaan itu," katanya kepada FMT.